BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

teka-teki 21-35

21) Bermula dengan warna hitam, akan bertukar warna merah dan berakhir dengan warna kelabu. Apakah dia? Jawapan:abu
22) Di dalam laut ada bintang .Apakah dia?
Jawapan:tapak sulaiman
23)Apabila pergi ia terbang apabila pulang dia berenang
Jawapan:pancing
24) Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun
kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?jawapan:pisang goreng
25)Masa muda berwarna hijau masa tua berwarna merah.
Jawapan:cili
26)Benda apakah yang mempunyai tangan dan badan tetapi tidak mempunyai kepala
Jawapan:baju
27) bas dan motosikal yang mana lebih tua
Jawapan:motosikal
28)Tikus apa yang dapat bercakap?
Jawapan:mickey mouse
29)Benda ini hanya boleh di pegang sahaja,tetapi tak boleh di gigit.
Jawapan:telinga
30) Negara manakah yang banjir dahulu baru hujan?
Jawapan:Bahrain…bah..rain
31) Apakah kaki yang menakutkan orang ?
Jawapan:kaki pukul
32)Apakah yang kita kejar tak akan dapat
Jawapan:bayang-bayang

33)Kita tak suka kat dia, tapi dia suka kat kita
Jawapan:kemucup
34)Benda apakah yang tak mempunyai mulut,hidung dan mata tetapi ada kaki
Jawapan:meja
35)Air yang paling berani?
Jawapan:air terjun









0 comments: