BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

Ramadhan menjelma lagi...

Setiap kali Ramadhan menjelma pasti aku teringatkan kepada arwah nenek.Nenek telah pergi buat selama-lamanya pada bulan Ramadhan iaitu 3 hari sebelum umat Islam menyambut ketibaan Syawal.Pemergian nenek walaupun dah hampir 3 tahun .Namun kenangan bersama arwah nenek masih lagi segar dalam ingatan.Apa yang aku tak dapat lupakan pada hari pemergian nenek,malam nenek sakit tenat aku baru bertolak pulang ke Kelantan.Hanya aku seorang sahaja cucu nenek yang tiada ketika nenek sakit tenat.Adik aku yang belajar di UKM pulang lebih awal daripada aku kerana UKM telah cuti seminggu awal lagi daripada aku.Sampai di rumah aku melihat tubuh nenek tak mampu untuk bergerak lagi.Hanya matanya yang mampu bergerak..Nenek membuka mata melihat cucunya yang terakhir berada di sisinya.Ketika sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa dan juga untuk majlis bacaan yasin untuk nenek..Nenek telah mengembuskan nafasnya yang terakhir.Aku kaku lemah dalam pelukan ibuku,hanya air mata yang mampu mengalir.Aku bersyukur kepada Allah diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan nenek walau sekejap.Pagi tadi aku sampai,pada waktu petang nenek telah pergi buat selama-lamanya.Moga nenek damai di sana disisi-Nya..AL-fatihah..






0 comments: