BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

johor bharu

Wa da lama dah aku tak pergi Jb..Dah hampir 2 tahun lebih dah aku tak ke sana.
Dulu sebelum meninggalkan Jb, aku janji akan datang lagi bila ada masa lapang.Tapi sampai sekarang aku tak ke sana.
Aku rindu sangat dengan suasana kat sana..



sakit hati..

Napelah..hati aku rasa sakit jew..
tup2 operator lagi..
Takkan susah sangat nak jawab panggilan..
Entahlah...
hatiku sakit n sedih sangat rasanya...
Nasiblah ada facebook dan blogs, peneman dikala aku kesunyian..

reunion..

Raya ke-3 nanti ada reunion..Bestnya nanti dapat jumpa kawan-kawan lama.Dah lama sangat dah tak jumpa mereka semua.Reunion kali ini mesti gempak punya.Mana tak gempak ada yang datang bersama isteri, suami dan anak-anak..Rindunya kat kawan-kawan semua.Diharapkan semua kawan-kawan yang lain akan hadir nanti..


Monday, August 30, 2010

blok

Hari ini kat blok,sunyi sepi..Mana semua pergi.?
tidur ke?keluar shooping ke?sunyi sangat rasanya..
maklumlah hari ini cuti...
lau tak memang riuh kat blok nie...


teka-teki 21-35

21) Bermula dengan warna hitam, akan bertukar warna merah dan berakhir dengan warna kelabu. Apakah dia? Jawapan:abu
22) Di dalam laut ada bintang .Apakah dia?
Jawapan:tapak sulaiman
23)Apabila pergi ia terbang apabila pulang dia berenang
Jawapan:pancing
24) Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun
kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?jawapan:pisang goreng
25)Masa muda berwarna hijau masa tua berwarna merah.
Jawapan:cili
26)Benda apakah yang mempunyai tangan dan badan tetapi tidak mempunyai kepala
Jawapan:baju
27) bas dan motosikal yang mana lebih tua
Jawapan:motosikal
28)Tikus apa yang dapat bercakap?
Jawapan:mickey mouse
29)Benda ini hanya boleh di pegang sahaja,tetapi tak boleh di gigit.
Jawapan:telinga
30) Negara manakah yang banjir dahulu baru hujan?
Jawapan:Bahrain…bah..rain
31) Apakah kaki yang menakutkan orang ?
Jawapan:kaki pukul
32)Apakah yang kita kejar tak akan dapat
Jawapan:bayang-bayang

33)Kita tak suka kat dia, tapi dia suka kat kita
Jawapan:kemucup
34)Benda apakah yang tak mempunyai mulut,hidung dan mata tetapi ada kaki
Jawapan:meja
35)Air yang paling berani?
Jawapan:air terjun









teka-teki 11-20

11)Ada tiga beradik , setiap masa main kejar mengejar tetapi tak pernah pun berjaya.Apa dia?
Jawapan:kipas
12)kuih apa yang di tengah-tengah tak boleh di makan?
Jawapan:kuih donat
13)Dalam banyak-banyak kotak, kotak apakah yang tak mampu kita mengangkatnya?
Jawapan:kotak penalti
14)Banyak-banyak buah, buah apa yang penuh dengan pertanyaan?
Jawapan:buah fikiran
15) Mi ada macam-macam jenis, tapi mi apakah yang boleh kita makan bersama ais?
Jawapan:mi..lo..ais
16) Waktu kita mandi badan kita semuanya basah..tetapi ada satu yang tak basah. Apakah itu?
Jawapan:tulang kering
17) Dalam banyak rumah yang ada, rumah apakah yang menggunakan banyak air?
Jawapan:rumah terbakar
18) Haiwan ini bila berjalan kurang laju, tetapi apabila kena langgar dua-dua akan mati?
Jawapan:siput babi
19) Dalam banyak-banyak benda yang kita ada kt dunia, benda apakah yang kita lihat adalah serupa?
Jawapan:cermin
20) Dipetik bukan buah yang masak,di kendong pula bukan anak. Harganya pun boleh tahan jugalah. Apakah itu? Jawapan: gitar








teka-teki 1-10

1)Apakah binatang.Telinga lebar hidung panjang?
Jawapan: gajah
2)Apakah binatang badannya penuh dengan duri?
Jawapan: Landak
3)Nama tempat yang menggunakan perkataan raja?
Jawapan:Parit Raja
4)Kulit berwarna unggu..Isinya berwarna putih...Apakah dia..
Jawapan:manggis
5)semasa diluar tetap diluar,tapi bila masuk dia tetap kat luar.Apakah dia?
Jawapan:butang baju
6)Banyak-banyak tali,tali apa yang paling kuat?
Jawapan:Taliban
7)Banyak-banyak sakit,sakit apa yang paling sakit?
Jawapan:sakit leher@tenguk
8)Benda apakah bila kita berdiri dia tidur, dan apabila kita tidur dia pula berdiri?
Jawapan:tapak kaki
9)Banyak-banyak hari, hari apa yang paling bahaya?
Jawapan:harimau
10)Buah apa yang paling tak best?
Jawapan:buah siku





haruskah...

Haruskah aku percaya...
Haruskah aku terus melupakan..
Haruskah aku terus dengan kata hatiku...
Haruskah aku bagaimana..?


sakitnya hatiku....

Tup..tup..operator yang bercakap....memang aku sakit hati sangat-sangat...Rasa macam nak baling jew tepun nih....eeee...



sorotan literatur

Tadi pergi dekat wisata minda cari bahan untuk projek ilmiah,sorotan literatur. Cari punya cari tak jumpa juga.Tajuk kajian lain banyak sangat. Yang pasal drama susah nak dapat. Dalam hati aku,ada juga nanti aku tukar tajuk lain..huhu..Sebab tajuk aku pun macam payah juga nak di kaji.huhu

Saturday, August 28, 2010

SESUCI LEBARAN



Friday, August 27, 2010

majlis berbuka puasa


Majlis berbuka puasa untuk budak2 sastera sem 5,diadakan di Latar Siswa FBMK pada Jumaat 27 Ogos 2010..Gempak la juga majlis ini.
Di hadiri oleh 33 orang.. 3orang tak dapat datang..
Macam2 juadah yang ada..
Makan sampai kenyang,tak larat rasa nak makan,sebab makanan terlalu banyak...
Kami semua enjoy dengan majlis ini.
Inilah masa untuk kami. Tahun depan kami da abis belajar..
Thanks untuk pihak penganjur majlis..





Thursday, August 26, 2010

menghitung hari

Menghitung hari,detik demi detik..Tak sabar rasanya nak balik kampung.Dah 2 bulan aku kat sini.Tak sabar rasa nak balik kampung menemui keluargaku yang tercinta.Seminggu masanya lagi nak balik .Terasa lama sangat...Inilah yang dikatakan satu penantian..


Sunday, August 22, 2010

Si dia

Si dia amat risaukn kesihatan aku,setiap kali dia call pasti dia akn suruh aku pergi klinik. Dia betul2 bersunguh2 menyuruh aku pergi klinik.. Aku tahu dia amat rusing dengan kesihatan aku,. Sampai bilakah aku nak keraskan hati untuk tak nak pergi klinik, adakah aku dapat merasakan kerisauan dia? Bagaimanakah perasaan dia setelah dia tahu aku tak akan pergi klinik?


Demam lagi

Pagi tadi bangun dari tidur aku dah rasa ok sikit. Demam pun dah beransur sembuh. So dapatlah aku buat proposal sikit.Siap aku moop lantai kat bilik lagi tadi. Tengah hari aku mandi, pas mandi badan aku sejuk balik.Tak sampai setengah jam aku terbaring kat katil.Aku tidur pakai stokin dan sweater lagi.Dalam pukul 3 badanku mulai panas lagi.Aku demam lagi.Aku dah suruh zue beli panadol.Pergi bilik zue nak ambil panadol.zue pula tidur.Aku ingat nak makan ubat.Ingat tadi nak buka puasa.huhu.Balik bilik terus sambung tidur.Badan aku makin panas...



Demam

Semalam aku batuk, hari ini pula aku demam..Aku memang dah tak larat sangat dah. Tapi aku kuatkan semangat juga untuk berpuasa. Sepanjang hari aku tidur. Badan aku sejuk panas, panas sejuk.Tidur pun aku pakai stokin dan sweater.Memang aku tidur jew..Tak larat sangat dah..Si dia dah mula bising suruh aku pergi klinik.Aku kalau demam susah sikit nak pergi klinik..huhuu..




batok

Hari Jumaat aku start batuk. Malam tue pas solat isyak aku makan ubat batuk.Pas makan ubat aku terus tidur. Aku dah tak sedar bila rootmate aku balik dari terawih.Memang aku dah tak larat sangat dah. Aku sedar pun time nak sahur dah..Kecian rootmate aku mesti tidurnya terganggu sebab aku batuk...

Demam dan batok

Letih nyer lau demam2 ni


Wednesday, August 18, 2010

kalendar

Berkat kesabaran akhirnya kalendar aku dapat juga siap.Walau tak secantik mana pun.Namun aku bangga dapat menyiapkan kalendar itu.Esok nak pergi print dan hantar...Nanti bolehlah aku buat kad ucapan hari raya pula..Sejak ambil subjek multimedia ni pelbagai benda baru yang aku pelajari..



pembentangan

Tadi pembentangan subjek keterampilan berbahasa..Perasaan aku? Gementar dan gugup..
Banyak juga tadi lecture komen..huhu..Huraian aku tadi pun kurang..Tapi oklah aku dah habiskan satu pembentangan..Tinggal 2 lagi pembentangan..Next,untuk teks ucapan harap dapat lakukan yang terbaik..




exam tatabahasa

Exam tatabahasa 100 soalan.Huh sakit kepala aku menjawabnya..Nasib baik objektif.Tapi ada juga soalan yang aku tembak..huhu..Tak tahulah berapa markah yang aku dapat nanti..Harap2lah aku lulus nanti..



class

Hari ini kelas tutorial aku tak pergi.huhu.Malas nak pergi tadi sebab kelas pagi kelas tutorial jew..Kelas tutorial 1 jam pula tue.Biasa lepas kelas tutorial ada class Dr.Samsina.Class Dr Samsina tak ada hari ini.Tapi esok pagi aku kena lah masuk class tutorial tue.Harap akak tutor tue tak marah lah esok kenapa semalam tak datang?Takut juga esok,takut class esok akak yang garang tue ambil alih..huhu




Monday, August 16, 2010

sorry

Lepas class tadi aku dengan suhaida pergi bank.Masa nak naik bas ada orang tolak belakang aku.Aku terpijak kaki seorang pelajar.Tak tahulah student tu junior or senior.Nampak cam junior jew.Aku cakap "sorry" .Dia toleh belakang dan terus naik.Marah kot.huhu.Dalam bas aku berdiri sebelah dia.Aku tengok muka dia.Masam jew nampak.Marah kot.Nak marah pun tak apa yang penting aku da cakap sorry..huhu..Lagi pun aku bukan sengaja nak pijak kaki dia..huhu


Friday, August 13, 2010

kerja

Kerja memang banyak..Kalendar aku tak siap lagi..Nak buat kalendar laptop da hantar kedai.Isnin baru ambik.Harap-harap dapatlah aku siapkan kalendar sebelum khamis.Tapi susah juga nak buat kalendar tue..huhuu




berbuka puasa

Hari ini berbuka puasa tanpa rootmate.Rootmate malam nanti ada exam.Harap malam nanti dapatlah aku berbuka puasa dengan Zue.Taklah aku berbuka keseorangan nanti.Juadah untuk berbuka dah di beli..Arap nanti dapat berbukalah dengan Zue...


puasa

Hari ini puasa tak penat sangat.Kelas hari ini pun satu kelas jew.Cuaca hari ini pun ok.Tadi hujan.Sejuk jew rasa.Nyaman..


Thursday, August 12, 2010

si dia

Thanks..Da settelkan bil telefon..Tapi malam nie tak boleh nak calling2 dan mesej2 lah..huhu.Nak kena tunggu esok juga baru boleh calling2.Malam nie tunggu orang calling2 lah..huhuhu.Thanks si dia ahmad jamal.


pembentangan

Hari selasa nanti nak kena bentang.Harap-harap masa aku present nanti semuanya ok.Takut juga nak present,ni subjek keterampilan berbahasa.Lepas present lecture dan kawan-kawan akan komen.Takutnya...



celcom

Tanpa aku sedari talian telefon aku telah di sekat oleh celcom.Mana tak di sekatnya bil telefon aku dah melebihi limit.Huhu.Bila talian di sekat nak buat panggilan dan mesej pun susah.Aku kena tunggu orang call jewlah.Tapi tak best lah tunggu panggilan jew.huhu..Harap-harap si dia cepat-cepatlah settelkan bil telefon aku.hehe


Kerja

Kat kelas tadi Dr bagi kerja.Banyak juga yang nak kena buat.Aku kalendar pun belum siap lagi.Kata Dr minggu depan nak kena hantar dah.huhu.Nak buat tapi laptop belum install lagi Adope..Apa-apa pun harap sebelum Khamis nanti aku da siapkan kalendar.



Tidur

Hari ini aku rasa banyak sangat aku tidur.Malam tadi pun aku tidur awal juga.Bila masa lah aku nak buat kerja.Asyik tidur jew.Balik kelas tadi pun aku tidur lagi.Huhuhu.
Tak tahulah bila masa aku nak buat proposal aku nie..huhu



Thanks Dr

Thanks Dr bagi kami coklat tue.Best sangat.Bertuah dapat lectures macam Dr.Da pergi Ireland jangan lupa kami kat sini..


proposal

Minggu depan dah nak kena hantar proposal dah.Tapi aku belum buat lagi.Tak tau lah apa nak jadi dengan proposal aku nanti.Dr kata tajuk aku kena bincang dengan penyelia balik.Harap-harap tak adalah banyak sangat perubahan.Pening juga kepala nak siapka proposal nie.huhu

tsunami

Tadi kat kelasa Bahasa dalam multimedia Dr Normadiah,telah pasang cd tsunami.Sedih sungguh melihat tragedi tsunami.Banyak nyawa telah terkorban.Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka yang telah kehilangan ahli keluarga.Apa pun yang telah berlaku telah ditentukan oleh Allah S.W.T.Sebagai hambanya kita tingatkan ketakwaan kita kepada Allah dan beramal beribadat kepadanya.Apa yang aku lihat tadi walaupun bangunan-bangunan lain runtuh disebabkan tsunami,hanya satu bangunan sahaja yang tidak runtuh,iaitu masjid.Ini menunjukkan kebesaran Allah S.W.T dan air ombak tsunami juga mengandungi kalimah Allah.Betapa besarnya kebesaran Mu Ya Allah..

Rindunya kat keluarga

Rasa rindu sangat-sangat kat keluarga.Tambah-tambah lagi di bulan puasa ini.Kan best kalau dapat berbuka puasa bersama keluarga.Rindu sangat nak makan masakan mak.Kalau masa puasa ni mak akan masak sedap-sedap.Tapi nak buat macam mana terpaksa berpuasa di di sini.Tak sabar nak berbuka bersama nanti.Kalau dapat berbuka pun mesti 3 hari nak raya sebab masa tue semua adik-adaik aku da balik dah..Mesti meriah kat umah.Sekarang kat rumah tinggal mak dan abah dan 4 orang adik-adik ku.

Monday, August 9, 2010

Ramadhan menjelma lagi...

Setiap kali Ramadhan menjelma pasti aku teringatkan kepada arwah nenek.Nenek telah pergi buat selama-lamanya pada bulan Ramadhan iaitu 3 hari sebelum umat Islam menyambut ketibaan Syawal.Pemergian nenek walaupun dah hampir 3 tahun .Namun kenangan bersama arwah nenek masih lagi segar dalam ingatan.Apa yang aku tak dapat lupakan pada hari pemergian nenek,malam nenek sakit tenat aku baru bertolak pulang ke Kelantan.Hanya aku seorang sahaja cucu nenek yang tiada ketika nenek sakit tenat.Adik aku yang belajar di UKM pulang lebih awal daripada aku kerana UKM telah cuti seminggu awal lagi daripada aku.Sampai di rumah aku melihat tubuh nenek tak mampu untuk bergerak lagi.Hanya matanya yang mampu bergerak..Nenek membuka mata melihat cucunya yang terakhir berada di sisinya.Ketika sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa dan juga untuk majlis bacaan yasin untuk nenek..Nenek telah mengembuskan nafasnya yang terakhir.Aku kaku lemah dalam pelukan ibuku,hanya air mata yang mampu mengalir.Aku bersyukur kepada Allah diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan nenek walau sekejap.Pagi tadi aku sampai,pada waktu petang nenek telah pergi buat selama-lamanya.Moga nenek damai di sana disisi-Nya..AL-fatihah..






gembira

Gembiranya hati malam ni.Line internet dah ok sikit.Dapatlah aku komen kat blog Dr aku.Biasanya line internet tak berapa ok.Dapatlah aku komen sebahagian post Dr.Baru jew aku siap komen Dr dah post yang baru pula.Aku harap line internet masih ok.Dapatlah nanti aku komen lagi...






Sunday, August 8, 2010

demam denggi

Tiga hari adik aku Fazri dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.Harap adik aku akan cepat sembuh.
Aku kat sini risau sangat-sangat dekat dia.Mana pernah adik aku sebelum ini demam sampai masuk hospital.
Adik aku lina berkali-kali call dan mesej tanya aku pasal Fazri.Lagi lah aku bertambah risau...Aku call mak kat kampung kata adik dah keluar wad.Syukur Fazri dah sihat.Kalau tak aku ingat minggu ni nak balik kampung tengok adik.Tapi mak kata adik dah sihat.So,minggu nie tak jadilah aku balik kampung.






internet

Huhu tensioannya dengan line internet nie.Geram jew rasa.Time free nie lah nak buat kerja.Tapi nak online pula tak boleh..Aduhya..Time aku buzy internet nie ok jew.Macam tau-tau jew aku tengah buzy..Sekarang tengah masa free internet pula problem..huhuhu.Dapat onlie facebook jew..huhu









Saturday, August 7, 2010

lewat

Gara-gara laptop buat hal.Aku dan kawan aku zue lewat untuk ke class multimedia.Jam 8.00 baru nak gerak.Cepat kami jalan sebab dah lewat.Sampai kat bus stp.Bas pula tak da.Tengok jam dah 8 lebih.Aduh matilah dah lewat.Sebab dari awal class lagi Dr dah beritahu yang dia tak nak student dia datang lewat time class dia.Bas sampai kami terus naik.Dalam hati memang da takut nak masuk class.Masuk-masuk tengok kawan dah berdiri kat depan terkejut juga.Kawan kata yang lambat kena berdiri.Aduh kecut perut aku.Mesti kejap lagi kena marah.Takutnya...Aku pandang Dr,tengok mukanya serius jew.Habislah kali ni.Kena marah...Takutnya.Sebab aku tak pernah lagi datang lewat.Malu pun ada dok berdiri kat depan tue.Aku ingat aku dan zue je yang lambat tapi ramai lagi yang lambat.Setelah semua datang,Dr panggil dan tanya kenapa lambat dan kena bagi 10 alasan..Aku dan zue cakap jew kami lambat sebab laptop buat hal.Nasib baik Dr terima alasan kami.Sebenarnya aku takut Dr akan halau kami keluar jew tak bagi masuk class.Tapi Dr just tanya kenapa lambat jew..Memang aku takut sangat dah time tue,mana tak takut tengok muka Dr yang serius tue...









Lagu itu

Masa kat class multimedia semalam Dr memperdengarkan kami sebuah lagu.Memang best lagu itu.Syahdu dan mendayu-dayu.Time aku dengar lagu itu,diriku tiba-tiba teringatkan ibuku yang berada di kampung.Rindu sangat kat ibuku..I love u mum..






motosikal baru

Adik aku yang sorang ni nama alfaizol.Minggu lepas dia call aku katanya nak beli motosikal lain.Aik kata ku kan dah ada moto dah buat apa nak tukar lagi.Dia kata nak amek moto Lc pula.Nak jual moto yang lama tue.Dalam hati aik budak nie tak sayang ker moto lama tue,dah la mahal time beli hari itu.Aku memang tak bagi dia jual moto itu tapi dia nak jula juga.Aku tak faham lah dengan budak zaman sekarang dah ada,nak jual pula.Pada hal moto yang ada tue masih baru lagi.Geram juga rasa asyik nak tukar moto jew.Ni kata aku lepas amek moto LC nak tukar moto apa pula?Dia call minggu lepas kata dah jual dah moto,katanya nak ambil kereta pula.Aik pening kepala aku dengan adik aku yang sorang nie.Sekejap nak moto,sekejap nak kereta.Tapi aku sound kalau nak ambil kereta pakai duit sendiri jangan nak susahkan mak dan abah.Sebab aku taw kerja dia tak menentu.Dan income yang dia dapat bulan-bulan pun tak seberapa...Tapi aku harapkan adik aku yang sorang dapat buat keputusan dengan baik.






tidur

Bila tak cukup tidur..
Kepala rasa sakit
Badan rasa lemah
Kalau kat class mata asyik nak terpejam-pejam jew time
lecture mengajar
Cakap pun da tak betul..huhuhu
Tak cukup tidur sebab nak siapkan kerja
Bila kerja da siap hati gembira...Tidur pun lena.hehe










Artis terjun

Huh penat betul jadi artis nie.Nak kena buat video klip lagi.Memang penat rupa-rupanya nak jadi artis nie.
Tak sanggup rasa aku.Menyanyi dan menari pula tue.huhu.Tapi memang best dan enjoy bila video da masuk youtube.Satu dunia orang tengok(glamour jap.)hehe.Balik kolej pun ada orang cakap artis..Haha lawak betul.Nasib baik ada subjek multimedia.Dapat jadi artis jap.hehe.Tapi memang hepi dan enjoy dapat menyiapkan video multimedia ini.






Aduhai Tutor.

Nape class tak happening?Dalam hati memberontak.Macam mana nak happening kalau dengan student pun tak pandai nak komunikasi.Cakap main sedap mulut je.huhu.Ingat kami semua tak ada perasaan.???
Kalau time class dengan Dr,semuanya happening?
Kalau tau class tak happening mestilah ada someting Wrong?huhu






Friday, August 6, 2010

Video

Dah 2 malam aku dan kawan-kawan berjaga untuk menyipkan video multimedia.Kerjanya memang mencabar sangat-sangat.
Video ini memang menguji kesabaran kami.Berkat kesabaran kami akhirnya Video klip ini dapat juga kami upload dekat youtube.Apa yang kami bimbangkan jika video klip ini tak menjadi.Pelbagai perasaan yang timbul di benak fikiran kami. Mana tak cemasnya group lain dari semalam lagi dah upload.Kalau tak upload macam mana nanti kami nak
present.Video dokumentari pula hilang gara-gara laptop buat hal..Adoiya...Masalah-masalah..
Macam mana??huhu..







Pagi ini..

PenAT..
Letih..
Ketakutan
Kelewatan...
Kepenatan
Mengantuk






Monday, August 2, 2010

kamera

Hoyeaa..Hoyeaa..Akhirnya adik aku lina bersetuju juga nak beli kamera aku.Nasib baik kamera yang aku beli ini memang dah menjadi idaman dia.Takut juga kalau dia tak berkenan tadi.Tapi setelah aku MMS gambar kamera itu dia bersetuju.Thanks adik ku..

si dia

Semalam keluar dengan si dia.Tak kemana pun.Aku pergi Mines jew..Si dia ajak aku tengok wayang,tapi aku tak nak.Aku selesema nanti semakin kuat pula selesema aku.huhu
Si dia ikut kata aku tak jadi tengok wayang.So kami jalan-jalan jew lah.Si dia temankan aku pergi kedai komputer,aku nak cari pendrive dan notebook untuk laptop aku.Selepas itu aku pergi cari charger telefon pula.Aku ajak si dia pergi cyber lab jap.Nasib baik si dia nak ikut aku.Tujuan aku ke situ nak buka blog.hehe.Sebab dekat bilik aku line internet tak berapa ok sangat.Susah untuk aku nak tinggalkan komen dekat blog Dr aku.Hampir sejam aku kat cyber lab.Sebelum balik aku dan si dia pergi makan chicken chop.Em tak bestnya...Bukan chicken chop nampak macam nugget jew..huhu.Terpaksalah juga makan sebab da order..Dah la mahal.Kalau mahal sedap tak apelah,Ni tak best.Berbeza dengan yang aku makan dekat Kg.Baru hari hari itu.Memang best..Lain kali tak nak da makan dekat situ..huhu.Menyesal order tadi..huhuhu

TIKET

Tadi kawan aku tanya da beli tiket balik raya belum.Katanya tiket raya dah dijual. Aku sebenarnya tak tahu lagi nak balik berapa haribulan. Sama ada nak balik 2 hb atau 3hb. Kawan aku cakap balik 3hb malam,sebab dia pun nak balik 3hb juga.Dia pun tak beli lagi tiket. Balik kelas aku call adik aku faizal. Aku tanya dia nak balik bape hb. Dia kata balik 4hb.Aku mita tolng dia carikan tiket. Katanya tiket keretapi 3 atau 4hb da abis.Aku cakap tak apalah kalau macam tue.Sambil-sambil layan fb tiba-tiba kawan aku mesej."Nak kirim tiket tak? Dilah nak keluar cari tiket".Huh nasib baik ada kawan aku yang nak pergi cari tiket. Aku takut tiket tak ada jew.Keluar semalam aku tak tahu pula yang tiket balik raya da keluar,kalau tak semalam lagi aku dah pergi beli.huhu..Aku cakap dekat Dilah aku nak tiket sama tarikh dengan dia,senang sikit ada kawan nak balik nanti.Lau ada tiket keretapi memang aku balik dengan kereta api dah.Tapi ada kata tiket da habis dah.Thanks kawan ku adilah tolong belikan tiket.

teka-teki 21-35

21) Bermula dengan warna hitam, akan bertukar warna merah dan berakhir dengan warna kelabu. Apakah dia?
22) Di dalam laut ada bintang .Apakah dia?
23)Apabila pergi ia terbang apabila pulang dia berenang
24) Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
25)Masa muda berwarna hijau masa tua berwarna merah.
26)Benda apakah yang mempunyai tangan dan badan tetapi tidak mempunyai kepala
27) bas dan motosikal yang mana lebih tua
28)Tikus apa yang dapat bercakap?
29)Benda ini hanya boleh di pegang sahaja,tetapi tak boleh di gigit.
30) Negara manakah yang banjir dahulu baru hujan?
31) Apakah kaki yang menakutkan orang ?
32)Apakah yang kita kejar tak akan dapat
33)Kita tak suka kat dia, tapi dia suka kat kita
34)Benda apakah yang tak mempunyai mulut,hidung dan mata tetapi ada kaki
35)Air yang paling berani?

teka-teki 11-20

11)Ada tiga beradik , setiap masa main kejar mengejar tetapi tak pernah pun berjaya.Apa dia?
12)kuih apa yang di tengah-tengah tak boleh di makan?
13)Dalam banyak-banyak kotak, kotak apakah yang tak mampu kita mengangkatnya?
14)Banyak-banyak buah, buah apa yang penuh dengan pertanyaan?
15) Mi ada macam-macam jenis, tapi mi apakah yang boleh kita makan bersama ais?
16) Waktu kita mandi badan kita semuanya basah..tetapi ada satu yang tak basah. Apakah itu?
17) Dalam banyak rumah yang ada, rumah apakah yang menggunakan banyak air?
18) Haiwan ini bila berjalan kurang laju, tetapi apabila kena langgar dua-dua akan mati?
19) Dalam banyak-banyak benda yang kita ada kt dunia, benda apakah yang kita lihat adalah serupa?
20) Dipetik bukan buah yang masak,di kendong pula bukan anak. Harganya pun boleh tahan jugalah. Apakah itu?

Sunday, August 1, 2010

kakak dan alif haikal


Rindu sangat pada kakak dan alif.Masa cuti semester hari tu aku jaga diaorang.Best melayan karenah budak-budak nie. Tambah si kakak tu.Manja orangnya. Asyik sebut nama abah dia jew.Nama ibu tak pula disebut.Biasalah anak abah.Adik perempuan aku menjaga kakak.Aku pula jaga alif.Jaga diaorang dah macam jaga anak sendiri pula.Mana tidaknya kadang kakak kalau malam kadang-kadang tidur kat rumah aku.Minum susu botol terpaksalah aku dan adik aku bergilir-bergilir buat susu.Ngantuk juga mata kadang tak cukup tidur.Kakak banyak ragam daripada alif.Alif senang jew kalau jaga maklumlah baby lagi.Asyik tidur je.Ari tue telefon mak.Mak cakap budak dua beradik tue demam.Mungkin rindu pada pengasuh-pengasuhnya.Sedih pula mendengarnya.Nak balik tak boleh kerja banyak.Terpaksalah tunggu raya nanti.Dua hari lepas call demam diaorang da baik dah..Tunggu kepulangan kak na n kak ila nanti.Kak ila rindu kamu berdua..

Laksa

Emm dah lama aku tak makan laksa.Aku suka sangat makan laksa pinang.Best.Tambah kalau laksa itu dimakan waktu hujan.
Kuah laksanya panas-panas..Em memang best. Nasib baik dekat foodcourt laksanya best. Harga pun berpatutan.Tapi pernah sekali aku makan dekat Mines laksanya tak best tapi mahal.Memang tak berbaloi kalau makan.Kalau mahal tak mengapa. Tapi dekat kedai yang satu lagi tu mahal tapi sedap di makan.eem bestnya...

panggilan suci-Mu

Panggilan suci-MU

Ya Allah
Ucap penuh kesyukuran
Akhirnya aku disini
Sebagai tetamu-Mu
Moga aku diberkati oleh-Mu
Di tanah suci-Mu
Yang penuh dengan keberkatan
Maha suci-Mu Ya Allah
Sesungguhnya segala puji dan nikmat
Kerana mengizinkan aku
Menjadi tetamu-Mu Ya Allah
Moga amal ibadatku
Diterima oleh-Mu

kasih sayangmu ibu

KASIH SAYANGMU IBU

kasihmu tidak ternilai dengan wang ringgit
Kasihmu setulus,seikhlas hatimu
Kau tak mengerti penat dan lelah dalam membesarkan aku
Demi kasihmu kepada anak-anakmu

Kau berikan segala-galanya demi anakmu
Tanpa mu siapakah aku disini
Sungguh mulia pergorbananmu ibu
Jasamu tak dapat aku balas

keinsafan kenangan yang lalu

KEINSAFAN KENANGAN LALU
Ku mengintai pengembaraan yang sementara ini
Pasti menerangi alam tanpa jemu
Penuh dengan warna-warna suka duka
Penuh dengan tangis tawa
Umpama kasturi dari syurgawi
Adakah aku merasakannya
Bertakafur di depan cermin kehidupan
Tidak berganjak walaupun seketika
Dingin rasa titisan airmata
Sang bulan yang setia
Bersama angin malam yang berlalu
Seluruh jiwaku dipayungi kenangan silam
Adakah aku merasakannya
Aku tunduk mengisafi diri
Kehausan belaian kasihNYA
Tentang putaran waktu yang kulalui
Terasa seakan api yang menyambar
Mengucup langit diselimuti teduh
Pada siapa nak kuungkaikan
Bersama getar jantung yang membara
Kulontarkan pandangan nan jauh
Bersama diriku serahkan
Moga Tuhan memberkati kehidupanku