Aku dah tak sabar dah nak balik kampung..Sekarang tengah menghitung hari untuk balik kampung...Esok aku exam Bahasa dalam multimedia..Tak tahulah macam mana nanti soalannya.Baca pun aku tak habis lagi..huhu..Tak tahulah macam mana esok nak jawabnya...Lusa aku exam Sastera Panji...HUhu lagilah susah..Baca pun aku tak faham..huhu Banyak sangat..Nama2 watak pun aku tak ingat..Nie pun aku tak habis baca lagi....huhuu. Tak tahulah macam mana juga nanti aku nak jawab..huhuu...Tulat aku balik kampung..Tak sabar nak menunggunya..Harap2 ada lagilah daging korban nanti...huhu
Wednesday, November 17, 2010
Menghitung Hari
Posted by ila amila at 7:08 PM 0 comments
Raya
Hari ini kali pertama aku menyambut raya aidiladha diperantauan...Sedih sangat2...Pagi raya adik aku call..Kak macam mana sambut raya..?Ok x?...Sedih taw..huhu..Tambah lagi aku dengar jelas suara adik2 ku yang lain riang gembira di pagi lebaran.Lagilah bertambah sedih..huhu..Aku dah pesan dah kat dorang suh simpan dagig korban..Sebelum nie aku tak tahu pun yang abah aku ambil bahagian dalam korban..Semua orang tak tahu..Tup2 adik aku cakap abah baru bagi tahu pagi tadi yang dia ambil bahagian dalam..Lagi aku tambah sedih...Mesti nanti akan buat sate,bestnyer...huhu..Aku kat kolej tetap beraya juga...Nasib baiklah ada buat majlis raya,bolehlah buat pengubat kerinduan pada keluarga...Rupanya ramai lagi kawan-kawan aku yang lain yang tak dapat balik beraya...Terima kasih kepada pengetua kolej Dr Ismail dan pengurus En.Junaidi kerana meluangkan masa berhari raya bersama kami dengan mengadakan majlis sambutan hari raya ini.Sedikit sebanyak dapat mengubat hati kami yang sedih..
Posted by ila amila at 6:56 PM 0 comments
Sunday, November 14, 2010
Lepas tension
Semalam selepas beli tiket bersama kawan aku Hidayati di Hentian Putra, sebelum pulang ke kampus kami singgah di Mines.Kawan aku yang lain ana,zura dan zety telah menunggu kami di situ..Sebelum kami datang diaorang telah pun karaoke,kami datang diajak karaoke lagi...Fuh memang dasyat 16 buah lagu karaoke...Aku walaupun kurang sihat pun tetap berkaraoke juga...Macam-macam lagu diaorang karaoke...Sampai di lagu yang terakhir suara pun dah masing2 sumbang dah...Dah hilang suara dah..Bayangkan 16 buah lagu..Memang kalah artis..hehe..Apa2 pun yang penting dapat lepaskan tension dah berapa hari asyik terperap di bilik sahaja...
Posted by ila amila at 10:13 PM 0 comments
Raya Di Perantauan..
Raya aidiladha nanti aku tak dapat balik kampung..Sedih sangat2..Inilah kali pertama aku beraya diperantauan..Tak tahulah macam mana keadaan aku nanti taktala mendengar takbir raya nanti..huhu..Bukan aku tak nak balik tapi memandangkan raya ke3 ada exam.Sekarang kat Kelantan dah musim tengkujuh,takut2 balik nanti tak lepas pula nak datang UPM tersekat dek banjir...Nak tak nak terpaksalah aku tak balik..Bukan aku sorang sahaja yang tak balik,rootmate aku dan kawan2 aku pun tak balik juga nanti.Samalah kami menyambut raya bersama2 di perantauan...Kerana ilmu kami gagahkan juga hari raya berada di sini...Tapi hati memang dah rasa sayu sangat2 dah..Rasa sekarang jew mahu pulang..Tapi lau kampungku dekat dah pasti sekarang aku dah pulang..Rindu sangat2 kat ma dan abah serta adik2 ku yang tersayang..Tahun nie korang beraya tanpa kakak...huhu
Posted by ila amila at 10:03 PM 1 comments
Thursday, November 11, 2010
Exam
Hari ini dah empat exam dah sudah aku lalui....Tinggal dua lagi exam..Exam final aku kali ini susah jugalah untuk menjawabnya..Time exam tatabahasa semalam dekat dewan besar..Fuh sejuk sangat-sangat...Dah la aku baru baik demam...Tapi masih selsema lagi..Tak tahulah apa yang aku jawab semalam...Nak menulis pun rasa macam nak beku dah...Tak tahulah dapat baper pointer sem nie..huhu
Posted by ila amila at 4:29 AM 0 comments
Thursday, November 4, 2010
Banjir..
Banjir dah bermula dah..Dua hari lepas kat kampung aku dah banjir dah..Tapi hari ini air dah semakin surut dah..Tetapi hujan masih lagi turun...Harap-haraplah tak banjir lagi..Aku takut aku tak lepas pergi KL jew nanti..Sebab aku tak start lagi exam..Harap-harap tak banjir lagilah..Lau banjir alamak, susahlah aku nak pergi nanti kena mengharungi air banjir...Harap-harap dah tak banjir dah nanti..
Posted by ila amila at 7:44 AM 0 comments