Betul kata kawan aku Hidayati, bukan dia sorang jew yang teruja dengan blog..Aku pun sama juga..hehe..Ada jew benda yang aku tambah dekat blog...Tapi sekarang blog aku dah makin cantik tak seperti dahulu...Boleh dikatakan hari-hari aku akan buka blog aku kecuali jika line tak ok jew..hehe..Best sangat-sangat ada blog nie...
Thursday, October 28, 2010
Blog
Posted by ila amila at 7:53 PM 2 comments
Web site..
Aku dah tahu dah macam mana nak publish web site aku..Dah macam-macam cara aku try tapi still tak dapat juga...huhu..
Posted by ila amila at 7:51 PM 2 comments
Mimpi
Selepas bergayut dengan jantung hatiku,dalam kol 2 baru aku tidur.Maklumlah asgment semua da anta dapatlah gayut lama-lama cikit..hehe..Tak sampai 3 jam tidur, aku tersedar...Aku mimpi ada seorang perempuan mengandung bunuh diri..Tapi kenapa aku mimpi macam tue..Dah la kat dalam mimpi aku tue,barang-barang arwah tue diaorang suruh aku yang simpan..Aku tak kenal pun siapa perempuan tue..Aku memang takut sangat masa diaorang bagi barang-barang arwah...Bila aku sedar badan aku berpeluh-peluh...Aku buka mata tengok keadaan dah sunyi sepi..Tengok jam dah pukul 4 lebih..Patutlah sunyi sepi...Dah la aku keseorangan...Rootmate aku dah balik kampung...Apa lagi ambil bantal telengkup muka...Aku takut sangat-sangat..Jam 6 lebih baru aku dapat lelapkan mata...Tapi siapakah perempuan itu?...Harap-harap nanti janganlah dia datang dalam mimpi aku lagi..Aku takut....
Posted by ila amila at 7:38 PM 3 comments
Wednesday, October 27, 2010
Balik Kampung...
Hoho balik kampung...Hoho balik kampung..Jumaat 29.11.2010 aku balik kampung..Tak sabar rasanya nak balik..Da rindu sangat-sangat dah kat family...Dah lama dah tak balik kampung...Rootmate aku pun dah balik kampung dah tadi...
Posted by ila amila at 5:47 AM 2 comments
Blogku berwajah baru..
Tak sangka blogku da makin cantik..Special thanks to my friends Cik Anita or Shadatina dan zueriana...Kerana memberi tunjuk ajar untuk mencantikkan blog...Terima kasih di atas segalanya...Blog dorang memang cantik...Dorang sangat kreatif...Aku suka membaca kedua2 blognya...
Posted by ila amila at 3:18 AM 2 comments
Tuesday, October 26, 2010
Ayam Blackpaper...
Da berapa hari dah aku asyik makan ayam blackpaper jew sekarang..Best ...Pedas-pedas gitu...Ni pun zueriana yang cadangkan kepada aku..Dia kata best...Aku try memang best..Tak tahulah bila pula aku nak tukar menu lain..Sekarang selera ku kepada ayam Blackpaper...hehe
Posted by ila amila at 8:32 AM 0 comments
Maya...
Maya
Assalamualaikum w.b.t
Sebelum ini saya tidak terfikir pun yang saya akan belajar subjek ini. Namun sepanjang saya mengambil subjek Sastera dalam Multimedia banyak perkara dan pengalaman baru yang saya perolehi. Walaupun banyak kerja yang diberikan namun saya seronok dan gembira dengan subjek ini. Walaupun kadang-kadang menguji mental dan fizikal. Namun segala tugasan yang diberikan harus diselesaikan juga. Dalam subjek sastera multimedia ini saya dapat belajar bagaimana untuk membuat kalendar,website,blog,adobe photoshop,front page dan banyak lagi perkara baru multimedia yang saya pelajari. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Normaliza dan juga kepada tutornya yang banyak membantu saya dalam subjek ini. Walaupun pada awalnya masa mula-mula nak masuk kelas da takut-takut, tengok pensyarah macam garang jew..Namun disebaliknya saya seronok menghadiri kelas ini. Walaupun hanya beberapa bulan bersama Dr. Tak tidur malam menyiapkan tugasan sudah menjadi kebiasaan. Walaupun penat namun dapat menghasilkan satu persembahan multimedia yang baik.
Dalam subjek ini juga saya belajar membuat blog. Jika sebelum ini saya tidak mengetahui apa itu blog. Tetapi sekarang saya dah semakin teruja untuk menulis blog. Seronok sangat-sangat ada blog ini, macam-macam yang saya dapat tulis kat blog ini.Selain daripada itu saya juga wajib untuk komen blog Dr. Walaupun Dr berada jauh dari kami namun blog dan facebook Dr menghubungkan kami di sini. Terima kasih Dr di atas ilmu yang Dr curahkan…
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr Normaliza…
Selamat maju jaya Dr..
Wassalam…
Posted by ila amila at 6:30 AM 0 comments
Monday, October 25, 2010
Sekitar Pameran Bahasa Multimedia.....
Pameran Bahasa Multimedia ini telah berlangsung pada 21-22 Oktober 2010...Pameran ini adalah hasil daripada kerja-kerja multimedia kami...Jika dahulu aku melihat pameran senior2ku, tetapi sekarang aku sendiri yang mengambil bahagian dalam pameran ini.
Aku dan Asas Grafik..
Aku,zety,Hidayati dan zurieana
Aku, Zura, Zety dan Hidayati
Bersama Pengarah Program dan kawan2
Bersama Dr Normahdiah dan kawan2
Sehari sebelum pameran...
Posted by ila amila at 1:42 AM 0 comments
Sunday, October 24, 2010
presen teks ucapan..
Minggu lepas aku present teks ucapan..Kena present sorang2..huhu Masa nielah nak jadi YB,
Datuk,Datin, Menteri ,Puan Seri, Pengarah dan sebagainya...
Aku tengok semua yang bentang ok semuanya ada gaya jadi Menteri...
Aku dah seram sejuk menunggu giliran aku..Aku orang terakhir yang akan bentang nantii..
Wa takutnya...
Akhirnya sampai juga giliran aku...Dup dap jantung makin kencang...
Aku hari ini jadi Ketua pengarah jew..huhuu
Aku ambil teks ucapan Ketua pengarah JKJR...
Bermula dengan baik..Tetapi sampai di pertengahan ucapan aku tersalah baca pula...
Gelak kawan-kawan satu kelas..Wa malunya..huhu
Namun aku teruskan juga ucapan aku...
Bila kawan-kawan aku tepuk tangan aku dah mula gemuruh lagi..Diaorang tepuk
sebab isi yang aku sampaikan adalah menarik..
Aku terlupa nak besarkan fon teks ucapan aku...
Sambil berucap kena eyes contact, sekali tengok audien da tercari2 baris teks seterusnya...
Namun aku berjaya juga tamatkan teks ucapan aku...
Posted by ila amila at 7:01 PM 0 comments
Berakhir sudah...Finishing school..
Hepi dan gembira sangat-sangat finishing school da habis...
Bukan apa takut untuk speaking..huhuu
Speaking aku tak berapa pandai sangat..
Tetapi finishing school banyak mengajar aku tentang cara-cara untuk menghadiri temuduga..
Baju untuk dipakai semasa menghadari temuduga tidak boleh terlalu banyak bunga..
Banyak pengetahuan baru yang aku perolehi daripada finishing school ini..
Walaupun sejak pergi finishing school pagi tadi lagi rasa macam nak balik jew,tak nak masuk kelas finishing ini..
Namun berkat kesabaran yang tinggi akhirnya aku berjaya juga mengadari finishing school ini..
Kalau tidak mesti aku adalah di antara orang yang rugi...
Diharapkan tahun depan aku akan dapat menghadiri temuduga dengan baik sekali...
Posted by ila amila at 4:02 AM 0 comments
Saturday, October 23, 2010
Finishing School
Hari aku ada finishing school, malasnya rasa nak pergi...
Malas nak pergi bukan sebab apa...
Nanti kena speaking...Itu yang lemah tue...
Tadi kat class finishing school pun aku banyak minta bantuan
daripada kawan aku yang amek kursus BA(BI)...Nasib baiklah diorang sudi tolong aku..
Kalau tidak confom tunggang langgang aku punya speaking dan present..
Wa esok satu hari lagi..
Tak sabar nak habiskan finishing school nie...
Esok pun banyak juga aktiviti, ada interview..huhu
Posted by ila amila at 5:31 AM 0 comments
Tuesday, October 19, 2010
Wednesday, October 13, 2010
10.10.10
Tarikh yang begitu cantik. Tarikh yang penuh bermakna. Disebalik tarikh itu ada mempunyai kenangan manis dan ada yang mempunyai kenangan sedih..Tarikh 10.10.10 tarikh yang paling bahagia dan bermakna dalam hidup angkasawan negara siapa lagi kalau bukan Sheikh Muzaffar. Tarikh itulah yang menyatukan Sheikh Muzaffar dengan pasangannya iaitu Dr. Harlina..Taniah kepada Sheikh Muzaffar dan Dr.Halina..
Disebalik itu juga tarikh 10.10.10 merupakan tragedi paling tragis apabila masyarakat dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya di KM223 di Plus Tol Simpang Empat di Melaka yang menglibatkan dua bas,sebuah van dan tiga kereta. Kemalangan ngeri itu telah menyebabkan 12 orang maut manakala seramai 40 orang lagi cedera. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka..amin..
Posted by ila amila at 7:56 AM 0 comments
Hilang lagi..
Semalam da satu biji laptop yang hilang. Hari ini pula ada lagi laptop yang hilang.. Dua tiga bulan yang lalu pun dah ada laptop yang hilang dekat blok lelaki. Tapi sekarang kat blok perempuan pula. Aku dah mula takut dengan keadaan ini. Tak tahu dah nk simpan kat mana laptop nie... Simpan dalam almari pun diaorang boleh ambil lagi walaupun almari dah berkunci. Takutya..Kecian dekat mereka yang kehilangan laptop tue....
Posted by ila amila at 7:55 AM 0 comments
Friday, October 8, 2010
Tugasan
Harap-haraplah time cuti dua hari ini aku dapat menyiapkan segala tugasan aku. Banyak lagi tugasan yang aku perlu siapkan.Sebab ada yang isnin nanti dah nak kena hantar dah.Harap dapat aku selesaikan semuanya..huhu .Ada enam tugasan yang perlu aku sipakan.Chayok2..hehe
Posted by ila amila at 9:28 PM 0 comments
Suria Coner
Makanan dekat kedai Suria Coner sekarang dah tak berapa sedap.Bukan sahaja tak sedap, tetapi mahal pula tue.huhu...Kalau dulu harga RM 4.20 pun kami dah bising..huhu Sekarang bukan RM4.20 tetapi RM4.50..huhu...Kecian kat kami yang menjadi pelanggan tetap Suria Coner mungkin akan beralih kepada kedai lain pula. Nak cuba kedai baru takut tak menepati selera kami..huhu.Sebab dah biasa dengan masakan dekat kedai Suria Coner..
Posted by ila amila at 8:49 AM 0 comments
Biskut Oat Krunch
Best juga makan biskut oat krunch nie.. Rasa dia nak macam chipsmore Tapi best sikit daripada chipsmore.Patutlah kawan-kawan aku hidayati, zuriana dan zatil suka makan oat krunch..Oat krunch nie, senang di bawa kemana-mana.Harganya pun berpatutan..
Posted by ila amila at 5:15 AM 0 comments
Thursday, October 7, 2010
Tak Sabar..
Tak sabarnya nak menunggu hari Ahad nanti. Cepatlah hari ahad..Aku da rindu sangat-sangat kat dia..Sunyi sepi rasanya..Dah hampir seminggu tak mendengar suaranya..huhu
Lagi dua hari lagi nak menjengah hari ahad..Tak sabarnya menunggu..huhu
Posted by ila amila at 9:30 PM 0 comments
Tuesday, October 5, 2010
Tak Sangka...
Sungguh aku tak sangka..Dr komen aku punya blog..huhu terharunya..Aku ingatkan Dr tak baca blog aku..Tapi ternyata anggapan aku salah..Dr baca..Siap tinggalkan komen lagi..
Walaupun hanya beberapa patah perkataan tapi sungguh bermakna bagi diriku..Sungguh aku tak sangka. Terima kasih Dr Normaliza..
Posted by ila amila at 8:27 PM 0 comments
pembentangan
Pembentangan group untuk subjek keterampilan berbahasa agak kurang memuaskan.Tak tahulah berapa markah yang akan dapat nanti..huhu..Tapi nasib baiklah Dr bagi balik kami punya asgment untuk diperbetulkan.Moga-moga markah yang kami dapat nanti taklah teruk sangat..huhu
Posted by ila amila at 7:02 AM 0 comments
Monday, October 4, 2010
Rindunya...
Aku rindu sangat-sangat kat dia..Aik baru separuh hari tak mendengar suaranya.Da rindu sangat-sangat..Huh lamanya nak tunggu seminggu.Mampukah aku menunggu selama seminggu.Belum pernah lagi aku tak berhubung dengan dia selama seminggu. Tapi nak buat macam mana ini semua pun untuk masa depan kami juga nanti..Harap semuanya ok lah semasa si dia menjalankan training itu..
Posted by ila amila at 7:55 AM 2 comments
Sunday, October 3, 2010
Tutor
Minggu lepas belajar dengan akak tutor yang sorang nie. So ok lah belajar dengan dia. Tak macam yang sorang lagi berlagak lebih.Aku rasa lau belajar dengan akak yang lagi sorang tue mungkin aku tak akan faham apa yang diajar. Tapi dengan akak tutor yang nie selagi tak faham selagi tue dia tunjukkan.Kelas pada petang tue pun hepi dan ceria.Tak ada masalah.Tapi lau nga akak tutor yang sorang lagi confom bermasalah..huhu.
Arap minggu depan akak tutor akan mengendalikan kelas lagi..Bukan dengan akak yang sorang lagi..huhu
Posted by ila amila at 3:53 AM 2 comments
Dia lagi..
Pintu diketuk-ketuk.Ingatkan siapa yang datang.La dia lagi yang datang.Entah apa yang dia nak aku pun tak tahu. Katanya nak bersembang. Malas aku nak mendengarnya. Aku penat..Arap-arap nanti dia dah tak datang dah bilik aku.Aku dan rootmate dah naik rimas nga perangai budak yang sorang nie. Ada-ada jew...Kami dulu time jadi junior tak adalah perangai macam tue nga senior. Ni dia yang sorang nie terlebih peramah pula.Tension juga dengar perangai budak nie..huhu..Sabar jewlah yang mampu...huhu
Posted by ila amila at 3:46 AM 0 comments
boring..
Terasa boring pula hari ini.Sebelum nie banyak sangat kerja.Sampai tak cukup rehat.Hari ini boring pula.Hari ni aku makan tidur jew...Tetapi asgment ada lagi 2 lagi yang tak buat..huhu..Nak buat bahan tak ada lagi,hold dulu.Minggu nie rehat2 dulu.hehe
Posted by ila amila at 3:25 AM 0 comments