BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

Master

Minggu lepas ader fair untuk master. Aku pergi dan aku telah isi borangnya..Namun hatiku masih pening memikirkannya nak sambung atau tidak...Rasa macam nak keja dulu baru sambung, rasa macam nak sambung dulu baru nak keja..pening2...Arap2 aku dpt buat kputusan yang terbaik nanti..Fikir family mcm nak keja dulu,then sambung....




Dah Lama

Dah lama sangat aku tak menulis kat blog aku nie..Tiba-tiba hari ini terdetik di hati aku untuk mencoretkan sesuatu di blog ku ini. Bukan aku tak buka langsung blog aku..Aku memang buka, tapi aku hanya menjadi pembaca setia blog kawan2 aku dan blog pensyarah aku...






Wednesday, January 19, 2011

Projek Ilmiah

Minggu nie da masuk minggu ketiga semester 2 2010/2011.Projek Ilmiahku masih lagi mencari arah tuju...Aku tengok kawan-kawan yang lain ada yang da mula masuk bab 3 dah..Aku masih lagi belum masuk bab ke 2..Gara-gara aku tukar tajuk kajianku..Pernyataan masalah pun belum aku selesai lagi,tapi diharapkan pernyataan masalah ku tak ada masalah la..Aku harap penyelia aku akan berpuas hatilah dengan pernyataan masalah ku..huhuhu...Selepas cuti nanti aku harap aku dah dapat siapkan bab 3 sepenuhnya, itu pun jika pernyataan masalah aku tidak menghadapi masalah...huhuhu




Wednesday, November 17, 2010

Menghitung Hari

Aku dah tak sabar dah nak balik kampung..Sekarang tengah menghitung hari untuk balik kampung...Esok aku exam Bahasa dalam multimedia..Tak tahulah macam mana nanti soalannya.Baca pun aku tak habis lagi..huhu..Tak tahulah macam mana esok nak jawabnya...Lusa aku exam Sastera Panji...HUhu lagilah susah..Baca pun aku tak faham..huhu Banyak sangat..Nama2 watak pun aku tak ingat..Nie pun aku tak habis baca lagi....huhuu. Tak tahulah macam mana juga nanti aku nak jawab..huhuu...Tulat aku balik kampung..Tak sabar nak menunggunya..Harap2 ada lagilah daging korban nanti...huhu


Raya

Hari ini kali pertama aku menyambut raya aidiladha diperantauan...Sedih sangat2...Pagi raya adik aku call..Kak macam mana sambut raya..?Ok x?...Sedih taw..huhu..Tambah lagi aku dengar jelas suara adik2 ku yang lain riang gembira di pagi lebaran.Lagilah bertambah sedih..huhu..Aku dah pesan dah kat dorang suh simpan dagig korban..Sebelum nie aku tak tahu pun yang abah aku ambil bahagian dalam korban..Semua orang tak tahu..Tup2 adik aku cakap abah baru bagi tahu pagi tadi yang dia ambil bahagian dalam..Lagi aku tambah sedih...Mesti nanti akan buat sate,bestnyer...huhu..Aku kat kolej tetap beraya juga...Nasib baiklah ada buat majlis raya,bolehlah buat pengubat kerinduan pada keluarga...Rupanya ramai lagi kawan-kawan aku yang lain yang tak dapat balik beraya...Terima kasih kepada pengetua kolej Dr Ismail dan pengurus En.Junaidi kerana meluangkan masa berhari raya bersama kami dengan mengadakan majlis sambutan hari raya ini.Sedikit sebanyak dapat mengubat hati kami yang sedih..


Sunday, November 14, 2010

Lepas tension

Semalam selepas beli tiket bersama kawan aku Hidayati di Hentian Putra, sebelum pulang ke kampus kami singgah di Mines.Kawan aku yang lain ana,zura dan zety telah menunggu kami di situ..Sebelum kami datang diaorang telah pun karaoke,kami datang diajak karaoke lagi...Fuh memang dasyat 16 buah lagu karaoke...Aku walaupun kurang sihat pun tetap berkaraoke juga...Macam-macam lagu diaorang karaoke...Sampai di lagu yang terakhir suara pun dah masing2 sumbang dah...Dah hilang suara dah..Bayangkan 16 buah lagu..Memang kalah artis..hehe..Apa2 pun yang penting dapat lepaskan tension dah berapa hari asyik terperap di bilik sahaja...


Raya Di Perantauan..

Raya aidiladha nanti aku tak dapat balik kampung..Sedih sangat2..Inilah kali pertama aku beraya diperantauan..Tak tahulah macam mana keadaan aku nanti taktala mendengar takbir raya nanti..huhu..Bukan aku tak nak balik tapi memandangkan raya ke3 ada exam.Sekarang kat Kelantan dah musim tengkujuh,takut2 balik nanti tak lepas pula nak datang UPM tersekat dek banjir...Nak tak nak terpaksalah aku tak balik..Bukan aku sorang sahaja yang tak balik,rootmate aku dan kawan2 aku pun tak balik juga nanti.Samalah kami menyambut raya bersama2 di perantauan...Kerana ilmu kami gagahkan juga hari raya berada di sini...Tapi hati memang dah rasa sayu sangat2 dah..Rasa sekarang jew mahu pulang..Tapi lau kampungku dekat dah pasti sekarang aku dah pulang..Rindu sangat2 kat ma dan abah serta adik2 ku yang tersayang..Tahun nie korang beraya tanpa kakak...huhu